Syarat Terma Guna Pakai

Syarat & Terma Guna Pakai untuk Matterport 3D Showcase by Novo Reperio Sdn Bhd

*By browsing our website you agree our cookies policy.

1. Mukadimah – Apa Cerita?

1.1. Okay bos, ini adalah syarat dan terma ("Terms") untuk guna servis 3D scanning dan virtual tour guna teknologi Matterport yang disediakan oleh Novo Reperio Sdn Bhd ("Kami" atau "Service Provider").
1.2. Nak kena faham, servis kita ni guna platform Matterport ("Platform"), so kalau guna servis kita, memang automatik kena ikut juga Matterport Terms of Use. Boleh check di sini: [Matterport’s Terms of Use].

2. Apa Yang Kami Buat & Tak Buat

2.1. Kami ni cuma penyedia servis je, bukan owner atau pembangun sistem Matterport.
2.2. Bila dah guna virtual tour dari kami, kena ikut juga semua syarat dan peraturan Matterport. Kalau Matterport ubah rules, kita pun ikut je.

2.2 We reserve the right to modify, suspend, or discontinue any aspect of our Services at any time.

3. Apa Yang Pelanggan (Client) Kena Buat

You confirm yang you ada hak sah untuk benarkan tempat tu di-scan dan dipaparkan secara public.
Jangan buat benda bukan-bukan. Guna servis ni dengan cara yang betul dan ikut undang-undang ya.
Semua hasil kerja yang dibuat guna Matterport ikut syarat lesen dari Matterport.
Kena ingat! Kalau tempat yang nak scan tu bukan milik sendiri, kena dapatkan izin dari owner, penyewa, atau siapa-siapa yang berkaitan sebelum kita start. Kita tak tanggung kalau ada isu lepas tu.

4. Hak Data, Hosting & Penggunaan

Semua 3D scan, gambar, dan virtual tour disimpan di platform Matterport. Nak tahu pasal caj hosting atau polisi data? Itu semua ikut polisi Matterport.
Kami ada hak untuk guna mana-mana model 3D, scan, atau gambar yang dibuat untuk marketing, promosi, atau portfolio kami bila-bila masa, kecuali ada perjanjian bertulis kata lain.
Jangan expect kami jaga data untuk selama-lamanya – semua benda berkaitan storage, tempoh akses, dan keselamatan data ditentukan oleh Matterport, bukan kami.
Kalau Matterport ada masalah server, ubah polisi, atau buang data – kami tak bertanggungjawab ya.

5. Hak Cipta & Pemilikan Kandungan

Semua gambar, scan, dan model 3D yang kami buat adalah hak milik kami, tapi masih tertakluk kepada hak cipta Matterport.
Kami bagi lesen penggunaan kepada pelanggan untuk guna virtual tour tu, tapi tak boleh jual balik atau pindah hak milik kepada orang lain.
Kami boleh tunjukkan hasil kerja (scan, model, gambar) dalam demo, marketing, dan bisnes kami tanpa perlu minta izin lagi.
Kalau tak nak kami guna hasil kerja tu untuk promo, kena bagitau bertulis sebelum scan, dan kena ada persetujuan bersama. Kalau lepas scan baru nak cakap, sorry bos, tak boleh tarik balik.

6. Kami Tak Tanggung…

Kalau Matterport ada masalah teknikal, update polisi, atau hilangkan data – kami tak bertanggungjawab.
Kalau ada orang saman atau buat tuntutan sebab cara you guna servis ni, itu bukan masalah kami.
Jangan anggap virtual tour tu akan ada 24/7 selamanya – semua bergantung pada Matterport, dan kami tak boleh janji benda tu sentiasa ada atau 100% tepat.

7. Perubahan & Penamatan

Kami boleh ubah Terms ni bila-bila masa. Kalau ada update, sila check balik ya.
Kalau Matterport ubah syarat mereka dan ia bagi kesan pada servis you, itu bukan salah kami.
Kalau you langgar mana-mana Terms, kami boleh hentikan atau tarik balik akses ke virtual tour tanpa notis.

8. Undang-Undang & Mahkamah

8.1 We are not liable for:
Terms ni ikut undang-undang Malaysia.
Kalau ada masalah atau pertikaian, kena selesaikan di mahkamah Malaysia.

9. Nak Tanya Apa-Apa?

9.1 Boleh contact kami di [email protected]. Jangan segan-segan kalau ada soalan!

10. Setuju Tak?

10.1. Guna servis kami = You setuju dengan semua syarat-syarat ni. Dah baca, faham, dan diterima. Nota: Kalau ada conflict atau kekeliruan, versi English akan jadi rujukan utama.

Terma & Syarat untuk Servis 3D Rendering oleh Novo Reperio Sdn Bhd

1. Mukadimah – Apa Cerita?

1.1 Selamat datang ke Novo Reperio Sdn Bhd ("Company", "kami", "kita", atau "kitorang"). Terma & Syarat ("Terma") ni regulate macam mana you boleh guna servis 3D rendering kami, termasuk animasi, gambar perspektif, dan fotografi 360 ("Servis"). Bila you engage dengan servis kami, maksudnya you setuju dengan Terma ni.

2. Skop Servis

2.1 Servis kami termasuk:
3D rendering & animasi untuk hartanah, produk visualization & marketing.
Gambar perspektif untuk visualisasi senibina, dalaman, dan luaran.
Fotografi 360-degree & virtual tour.

2.2 Kitorang ada hak untuk ubah, stop, atau terminate mana-mana servis tanpa notis awal.

3. Tanggungjawab Pelanggan

3.1 You setuju untuk:
Bagi detail projek & material yang lengkap untuk rendering.
Confirm yang you ada hak sah ke atas semua asset & material yang you bagi.
Semak & bagi feedback dalam tempoh yang dipersetujui.
Jangan guna servis ni untuk benda yang langgar undang-undang.

4. Hak Harta Intelek

4.1 Teknik & method yang kitorang guna dalam servis ni semua hak milik kitorang.
4.2 Bila you dah bayar penuh, hasil akhir tu milik you, kecuali ada perjanjian lain.
4.3 You bagi kitorang hak non-exclusive untuk guna hasil kerja tu untuk tujuan promosi, kecuali kalau ada perjanjian bertulis kata lain.

5. Bayaran

5.1 Deposit 50% kena bayar sebelum kerja start.
5.2 Baki kena bayar bila kerja siap sebelum final output dihantar.
5.3 Semua payment kena settle dalam 14 hari dari tarikh bil. Kalau lambat, kitorang boleh charge interest 10% setahun atas baki tertunggak.

6. Revisi & Perubahan

6.1 Kitorang akan adjust sampai you puas hati, tapi kalau ada extra kerja, boleh kena charge tambahan. Contoh:
Design berubah dari skop asal.
You bagi dokumen tak lengkap atau outdated.
Kitorang kena buat design sebab dokumen tak cukup.
Tukar angle kamera yang memerlukan extra kerja.
Feedback lambat bagi, patutnya boleh bagi awal.
Minta perubahan lepas final high-res output dah siap.

7. Penghantaran & Revisi

Draf awal akan dihantar ikut timeline projek.
You dapat 3 kali revisi free.
Kalau nak lebih, kena bayar extra.

8. Had Tanggungjawab

Draf awal akan dihantar ikut timeline projek. You dapat 3 kali revisi free. Kalau nak lebih, kena bayar extra. 8. Had Tanggungjawab 8.1 Kitorang tak bertanggungjawab untuk:
Kerugian tak langsung atau kos tambahan.
Kesilapan sebab info yang you bagi tak betul atau tak lengkap.
Kelewatan sebab hal luar kawalan kitorang.

9. Kerahsiaan

9.1 Kitorang akan jaga kerahsiaan projek you & takkan share dengan pihak ketiga tanpa izin, kecuali ikut undang-undang.

10. Penamatan Servis

Kitorang boleh stop servis kalau:
You tak ikut Terma ni.
Payment tak dibuat.
You layan team kitorang dengan cara kasar atau tak reasonable.

11. Undang-Undang & Bidang Kuasa

11.1 Terma ni ikut undang-undang Malaysia.
11.2 Sebarang pertikaian kena diselesaikan di mahkamah Malaysia.

12. Maklumat Hubungan

12.1 Ada soalan? Boleh contact kitorang di [[email protected]].

13. Persetujuan

13.1 Dengan guna servis kitorang, you confirm yang you dah baca, faham, dan setuju dengan semua Terma & Syarat ni.
Need more information? Contact us